muzem.wordpress (??)

Salam,

Tika aku menaip entry pertama di WordPress ni, hanya Tuhan yg tahu betapa luluhnya hati ni kala aku dapat tahu yg domain ‘Blogdrive‘ kini dah gulung tikar. Sungguh sentap rasanya kala aku ingin me’log-in’ kan diri petang tadi, tibe-tibe kuar notis yg bgtau sume bahawa: ’Domain Blogdrive telah expired’.

Habis .. Hancur .. Lenyap ..

Segala ‘karya‘ aku ber-blogging selama 2 tahun lebih di Blogdrive lesap begitu sahaja. Dalam sekelip mata!. Rasa bagai tersangat perit utk aku menerima kenyataan ini, sebab segala cerita suka-duka aku sepanjang bergelar ‘pelajar’, aku cuma ‘persembahkan’ di blog tersebut. Tiada simpanan, mahupun catatan dibuat utk itu.

 Aduhhh

“Selamat tinggal muzem.blogdrive!. Aku akan merinduimu .. Hilai tawa-mu.”

~ by muzem on December 5, 2007.

Leave a Reply